Pertemuan wakil AS, Taliban berlangsung ‘positif dan profesional’

0
45
Pegawai kanan kerajaan Taliban ketika tiba di Doha, Qatar.

WASHINGTON – Pertemuan antara pegawai kanan Amerika Syarikat (AS) dengan kerajaan Taliban di Doha, Qatar semalam, berlangsung dengan penuh ‘positif dan profesional.’

Menurut Reuters, pertemuan itu merupakan pertemuan rasmi pertama diadakan sejak Taliban berjaya menawan kembali Afghanistan.

Bagaimanapun, AS menekankan pertemuan ini hanyalah langkah pragmatik bagi membuka saluran perhubungan, dan bukannya satu pengiktirafan terhadap keabsahan Taliban sebagai kerajaan yang sah di Afghanistan

Jurucakap Jabatan Negara AS, Ned Price berkata, delegasi AS menekankan aspek keselamatan dan pencegahan aktiviti keganasan, dan hak asasi manusia terutamanya berkenaan penglibatan wanita dalam kehidupan harian di negara itu.

“Anggota delegasi AS turut menekankan bahawa mereka (Taliban) akan dinilai daripada tindakan mereka, bukannya dengan apa yang mereka janjikan,” jelas Price dalam satu kenyataan.

Pada masa yang sama, kata Price lagi, kedua-dua pihak turut berbincang mengenai bantuan kemanusiaan kepada rakyat Afghanistan.

Pada Sabtu lalu, pemangku Menteri Luar Afghanistan, Amir Khan Muttaqi dilaporkan sebagai berkata, pihaknya akan meminta AS supaya menarik balik sekatan yang dikenakan ke atas simpanan luar negaranya.

Amir turut dipetik sebagai berkata, Washington dijangka akan turut menawarkan bantuan bekalan vaksin Covid-19 bagi melancarkan program pemberian vaksin Afghanistan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here