Pesawat peribadi langgar bangunan, 8 terbunuh

0
136
Lokasi insiden sebuah kapal terbang peribadi melanggar sebuah bangunan di pinggir bandar Milan, semalam.

MILAN – Sebuah pesawat peribadi membawa enam penumpang dan dua anak kapal dilaporkan terhempas ke tepi sebuah bangunan di pinggir bandar Milan, semalam.

Menurut AFP, kesemua mangsa terkorban dalam kejadian yang melibatkan pesawat PC-12 itu.

Media tempatan menyebut, antara yang terkorban adalah jutawan hartanah Romania, Dan Petrescu bersama isteri dan anaknya, dan ahli perniagaan Itali, Filippo Nascimbene bersama isteri dan juga anaknya.

Pasukan penyiasat berkata, pesawat itu diterbangkan oleh Petrescu sewaktu kejadian.

Pendakwaraya Milan, Tiziana Siciliano berkata, pesawat itu berlepas seperti biasa, dan kemudian “satu objek yang tidak dikenali kelihatan terjunam secara tiba-tiba muncul di radar.”

“Tiada sebarang panggilan kecemasan dibuat oleh pesawat itu.

“Buat masa ini pasukan penyelamat sudahpun berjaya menemukan kotak hitam dan siasatan sedang dijalankan,” kata Siciliano lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here