Pewaris empayar Samsung didenda salahguna bahan sedatif

0
122
LEE JAE-YONG (tengah)

SEOUL – Mahkamah Seoul hari ini menjatuhkan hukuman denda ke atas pewaris empayar Samsung setelah dia didapati bersalah kerana menyalahgunakan bahan sedatif propofol.

Kata portal BBC, Lee Jae-yong mengaku bersalah di atas tuduhan itu dan didenda 70 juta won (RM248,932 ribu).

Menurut undang-undang Korea Selatan, individu yang didapati menggunakan ubatan terkawal tanpa kebenaran boleh dihukum sama seperti pihak yang mengedarkannya.

Dalam perbicaraannya, pihak pendakwaraya mendakwa Jae-yong beberapa kali menyalahgunakan sedatif tersebut atas alasan rawatan kulit di antara tahun 2015 dan 2020.

Namun, para peguam Jae-yong memberitahu mahkamah, dia menggunakan sedatif tersebut bagi merawat kesan psikologi yang dialaminya akibat hospitalisasi bapanya dan perbicaraan rasuah di mahkamah.

Untuk rekod, Jae-yong baharu sahaja diparol pada Ogos lalu setelah 20 bulan dipenjarakan akibat kesalahan rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

Propofol merupakan bahan sedatif yang sering digunakan ke atas pesakit yang menjalani pembedahan, dan sering disalahgunakan bagi tujuan rekreasi.

Pada 2009, mendiang Michael Jackson disahkan meninggal dunia akibat overdos bahan sedatif itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here