PH Melaka sahkan tidak mengadap Agong hari ini

0
51

Adly Zahari

MELAKA – Pakatan Harapan (PH) Melaka tidak mempunyai rancangan untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Pengerusinya, Adly Zahari berkata, segala usaha ketika ini hanya berfokuskan kepada membawa pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka ke mahkamah untuk diadili.

“PH Melaka setakat ini tiada rancangan bertemu Seri Paduka Baginda.

“Fokus kini untuk membawa pembubaran DUN ke mahkamah bagi mempertikaikan proses dan fakta pembubaran termasuk menghormati Perkara 19 (2) Perlembagaan Negeri Melaka,” katanya dalam kenyataan di laman Facebook pagi ini.

Terdahulu, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Laksamana, Low Chee Leong menempelak bekas ADUN Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee berhubung kenyataan akhbar dikeluarkannya malam tadi, berkenaan kunjungan 15 ADUN Melaka ke Istana Negara hari ini.

Norhizam sebelum ini memberitahu, kunjungan tersebut adalah untuk menyerahkan memorandum kepada Seri Paduka Baginda berhubung ketidakpuasan hati mengenai pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka.

“Norhizam ini siapa? PH tidak ada membangkitkan perkara ini dan kita tahu tidak boleh mengadap Agong tanpa melalui proses protokol yang betul.

“Saya ingin menegaskan bahawa Norhizam harus berhenti mencemarkan nama baik PH, kerana bukan semua ADUN PH menerimanya sebulat suara, jangan juga bermimpi DAP akan terima dia sebagai rakan,” kata Chee Leong.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here