Pihak berkuasa Laos rampas 55.6 juta pil methamphetamine

0
65
GAMBAR HIASAN

Vientiane, LAOS – Pihak berkuasa Laos dilaporkan berjaya melaksanakan rampasan dadah terbesar Asia kelmarin, kata seorang pegawai Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), hari ini.

Menurut portal al-Jazeera, rampasan itu melibatkan sebanyak 55.6 juta pil methamphetamine, dan 1.5 tan kristal meth yang dimuatkan dalam sebuah lori di wilayah Bokeo yang terletak di utara negara itu.

Menurut wakil Unit Dadah dan Jenayah PBB, Jeremy Douglas, wilayah itu berada dalam kawasan dipanggil sebagai Segitiga Emas yang meliputi Myanmar, Laos dan Thailand yang terkenal sebagai lokasi penyeludupan dadah.

Kebanyakan dadah jenis meth yang diproses di kawasan ini diedarkan hingga ke Jepun dan New Zealand.

“Jumlah rampasan kali ini adalah tiga kali ganda daripada jumlah keseluruhan pil meth yang dirampas di Laos pada tahun lepas,” kata Douglas.

Beliau menambah, trend penyeludupan ini dilihat semakin berleluasa kebelakangan ini, terutamanya sejak Myanmar dilanda krisis politik selepas rampasan kuasa pihak tentera pada Februari lalu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here