Polis buru YouTuber ‘prank’ mahu tampar orang awam di pusat beli belah

0
770
Tangkap layar sebuah video yang mana seorang lelaki cuba menampar pengunjung di sebuah pusat beli belah

KUALA LUMPUR – Polis sedang mengesan individu yang terlibat dalam sebuah video tular berdurasi 29 saat memaparkan seorang lelaki mengacah mahu mencederakan orang awam ketika menaiki tangga bergerak di sebuah pusat beli-belah di sini.

Ketua Polis Daerah Brickfield, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, pihaknya mengesan video berkenaan menerusi sebuah akaun halaman di Facebook sekitar jam 6.30 petang pada Jumaat.

“Tarikh dan masa kejadian sebenar video ini dirakamkan tidak dapat dipastikan buat masa ini'” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, beliau memohon saksi atau individu terlibat untuk tampil membantu siasatan dan orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi.

Katanya, sebarang pelanggaran yang menyalahi peruntukan undang-undang boleh dikenakan tindakan.

“Sebarang maklumat boleh disalurkan menerus hotline Polis Brickfields di talian 03-2297 9222,” ujarnya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here