PRN Melaka: Giliran BN pula dikompaun kerana langgar SOP

0
709
Antara pemimpin utama BN yang hadir dalam majlis pelancaran tersebut malam semalam

CYBERJAYA – Parti Barisan Nasional (BN) dikenakan kompaun sebanyak RM10,000 selepas didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN) dengan melancarkan jentera parti bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka sebentar tadi.

Menurut Kementerian Kesihatan (KKM) dalam satu hantaran dalam laman Facebooknya, kompaun itu dikeluarkan oleh Pejabat Kesihatan Kepong.

“Pejabat Kesihatan Kepong telah mengeluarkan kompaun di bawah Akta 342 kepada BN malam ini kerana telah melanggar SOP Fasa 4 PPN bagi penganjuran majlis sosial,” katanya sebentar tadi.

Dalam hantaran itu, KKM turut melampirkan notis kompaun bernilai RM10,000 di atas kesalahan itu.

Menurut notis tersebut, satu aduan telah dibuat di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 atas penganjuran majlis itu.

Notis kompaun yang dikeluarkan kepada BN

Dalam pada itu, menurut notis tersebut juga, tawaran berkenaan akan tamat pada 9 November hadapan

“Jika pembayaran penuh jumlah yang dinyatakan di atas diterima pada atau sebelum penutupan urusan pada tarikh tersebut, tiada apa-apa tindakan selanjut akan diambil terhadap tuan/puan berkenaan dengan kesalahan ini.

“Jika tidak, pendakwaan akan dimulakan terhadap tuan/puan tanpa notis selanjutnya,” menurutnya.

Terdahulu, Parti Muda pimpinan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dikenakan kompaun sebanyak RM4,000 selepas mengadakan sidang akhbar di Bandar Hilir petang semalam.

Kompaun itu dikeluarkan selepas mereka enggan bersurai selepas dinasihatkan berbuat demikian.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here