PRN Melaka: SPR adakan mesyuarat khas Isnin ini

0
27
Gambar Hiasan

CYBERJAYA – Mesyuarat Khas berkaitan urusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-15 akan diadakan pada Isnin ini.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, mesyuarat berkenaan akan diadakan di Melaka.

“Mesyuarat berkenaan diadakan di Double Tree by Hilton Hotel, Melaka pada pukul 10 pagi.

“Mesyuarat Khas tersebut akan dipengerusikan Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Ikmalrudin, menyuarat berkenaan akan membincangkan tarikh-tarikh penting PRN Melaka seperti tarikh Writ Pilihan Raya, Hari Penamaan Calon, Hari Pengundian, Daftar Pemilih yang akan digunakan dan lain-lain persiapan bagi melaksanakan pilihan raya tersebut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here