Promosi pemeriksaan kesihatan serendah RM3 di Malakat Pharmacy

0
8
Promosi pemeriksaan kesihatan di Malakat Pharmacy pada hujung minggu ini

CYBERJAYA – Orang ramai dijemput untuk menyertai pemeriksaan kesihatan di Malakat Pharmacy di Malakat Mall pada hujung minggu ini.

Jurucakap Malakat Pharmacy menerusi live di laman Facebooknya berkata, orang ramai berpeluang melakukan pemeriksaan kesihatan pada harga promosi. 

Katanya, harga promosi yang ditawarkan untuk pemeriksaan kesihatan ialah serendah RM3 dan orang ramai dijemput untuk melakukan pemeriksaan.

“Meja untuk pemeriksaan kesihatan akan dibuka di luar Malakat Pharmacy dan akan beroperasi bermula pukul 8 pagi hingga 8 malam.

“Ini adalah peluang terbaik untuk orang ramai melakukan pemeriksaan kesihatan, harga promosi yang ditawarkan ialah serendah RM3.

“Hujung ini kita ada pelabagai pemeriksaaan seperti pemeriksaaan gula, tekanan darah, kolesterol, uric asid dan sebagainya,” katanya.

Selain itu katanya, orang ramai juga berpeluang untuk mendapatkan khidmat nasihat kesihatan secara percuma selepas pemeriksaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here