Putin bingung rakyat tolak vaksin

0
221
Vladimir Putin

MOSCOW – Presiden Rusia, Vladimir Putin mengakui bingung berdepan dengan krisis kesihatan akibat penularan dan penolakan suntikan vaksin Covid-19 yang meletakkan negara itu sebagai negara dengan kadar kematian tertinggi ketika ini.

Vladimir turut mengakui penolakan vaksin yang dihasilkan sendiri di negaranya itu bukan sahaja berlaku dalam kalangan rakyat tetapi rakan-rakan terdekatnya.

“Saya tidak faham apa yang sedang berlaku di negara ini. Kami ada vaksin yang boleh dipercayai dan sangat efisien tapi ditolak mentah-mentah.

“Sedangkan vaksin ini telah terbukti dapat mengurangkan risiko penyakit, komplikasi serius dan kematian,” katanya.

Gambar hiasan

Jumlah vaksinasi yang rendah di Rusia dipercayai akibat keraguan orang ramai akibat komunikasi bercelaru dan tidak efisien oleh pihak berkuasa.

Kadar vaksinasi di negara yang mempunyai 146 juta populasi itu kini dianggarkan baharu mencecah 32 peratus bersamaan 45 juta.

Sejak beberapa minggu lalu, angka kematian akibat Covid-19 di Rusia mencapai angka 1,000 kes sehari yang menjadikan angka keseluruhan 226,353 iaitu yang tertinggi di Eropah.

Berikutan itu, Putin mengarahkan rakyatnya ‘cuti bekerja’ selama seminggu bermula akhir bulan ini bagi mengekang penularan wabak itu.

“Tugas kita hari ini adalah untuk melindungi kehidupan dan kesihatan rakyat kita dan meminimumkan kesan daripada jangkitan berbahaya,” kata Putin.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here