Rang undang-undang gangguan seksual dibentang dalam masa terdekat

0
16
GAMBAR HIASAN

CYBERJAYA – Kerajaan akan akan membentangkan rang undang-undang berkaitan gangguan seksual sebelum berakhirnya persidangan Dewan Rakyat Disember ini.

Laporan Bernama menyebut, perkara itu diumumkan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff dalam satu sidang akhbar di Parlimen, hari ini.

Kata Siti Zailah, rang undang-undang itu akan dibentangkan selepas mendapat kelulusan agensi dan mesyuarat Kabinet.

Bagaimanapun, dari segi perundangan, setakat ini sudah ada akta bagi melindungi wanita daripada gangguan seksual seperti Kanun Keseksaan (Akta 574) dan Akta Kerja 1955 (Akta 265), tambahnya.

Siti Zailah turut menyeru wanita yang menjadi mangsa gangguan seksual agar membuat aduan kepada kementeriannya ataupun polis supaya maklumat dapat direkodkan dan tindakan tegas dapat diambil terhadap pelaku.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here