Rangka Triceratops dilelong RM31 juta dan ‘kembali’ ke negara asal

0
161
Rangka Triceratops yang dinamakan Big John ini dianggarkan berusia 66 juta tahun.

PARIS – Rangka dinosaur Triceratops terbesar di dunia yang dipercayai berusia lebih 66 juta tahun dijual pada harga RM31.9 juta dalam satu acara lelongan di sini.

Rangka ‘Big John’ sepanjang 8 meter yang ditemui di South Dakota, Amerika Syarikat (AS) pada 2014 itu akan kembali ke negara asalnya apabila dibeli pembida dari AS, semalam.

Bagaimanapun, harga akhir pembidaan yang dilelong oleh Firma Lelongan Frouot itu mengejutkan banyak pihak kerana disifatkan jauh terlalu rendah daripada jangkaan.

Bagaimanapun, seorang ahli paleontologi yang memantau lelongan, Lacopo Briano menganggap harga yang dibayar pembida sudah cukup tinggi dan mengejutkan kerana bidaan dibuka pada harga RM4 juta.

Harga itu juga jauh lebih murah daripada rangka Tyrannosaurus Rex atau T-Rex yang terjual pada harga RM131 juta di New York suatu ketika dahulu.

Dalam pembidaan Big John, pembeli menewaskan 10 lagi pembida lain yang bersaing sengit sebelum menghentikan bidaan.

Pemenang bidaan akan membawa pulang sebanyak 200 ketul tulang Triceratops termasuk tengkorak yang berukuran 2 meter lebar yang dicantum semula di Itali.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here