Rebut pendidikan percuma di Brainy Bunch

0
67
brainy-bunch-building
Kampus utama Brainy Bunch di Cyberjaya, Selangor yang menawarkan kualiti pendidikan premium berteraskan Islam dan Bahasa Inggeris

CYBERJAYA – Tabung NORIBA dengan kerjasama rakan niaga, Brainy Bunch menawarkan program pendidikan percuma kepada ibu bapa yang melanjutkan pendidikan anak-anak ke tadika montessori Islam itu.

Ketua Pegawai Eksekutif NORIBA, Syaraff al-Sadat berkata, pihaknya mengumumkan berita baik kepada ibu bapa khususnya kakitangan kerajaan untuk merebut peluang mendapatkan pinjaman pengajian anak-anak bagi sesi persekolahan bermula 2022.

Melalui program itu katanya, ibu bapa ditawarkan kemudahan pinjaman selama 10 tahun dengan kadar faedah 3.8 peratus untuk ‘melangsaikan’ kos pengajian secara one off dan menerima semula bayaran balik secara bulanan.

“Jumlah pinjaman yang perlu dibuat bergantung kepada tempoh pengajian anak-anak bermula dari RM10,000 untuk tempoh pengajian setahun atau RM40,000 untuk empat tahun.

“Melalui program ini, kami akan melantik ibu bapa sebagai Konsultan Pemasaran Digital dan mereka akan dibayar setiap bulan pada kadar yang mencukupi untuk membayar semula ansuran pinjaman selama 10 tahun,” katanya.

Kanak-kanak pra sekolah menghadiri hari pertama pembelajaran di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di Brainy Bunch, Cyberjaya. foto FARID JANUDIN, 1 JULAI 2020.
Syaraff al-Sadat

Syaraff berkata, bagi kakitangan kerajaan, pihaknya menyediakan kemudahan pinjaman selama 10 tahun dengan rakan perniagaan NORIBA iaitu Kuwait Financial House dan Al-Rajhi Bank.

Bagi mereka yang bukan kakitangan kerajaan katanya, bayaran boleh dibuat secara tunai mengikut kos pengajian yang ditetapkan dan tetap layak menerima ‘bayaran semula’ pada setiap bulan sehingga menerima kesemua jumlah yang telah dibayar secara ‘advance’.

“Secara total, jumlah yang peserta akan terima adalah mencukupi jumlahnya untuk membuat bayaran balik,” katanya.

Beliau berkata, dengan kualiti pendidikan dan kemudahan pengajian yang disediakan oleh Brainy Bunch di 103 cawangan di seluruh negara, program itu menawarkan nilai yang cukup baik.

“Pendidikan awal kanak-kanak memainkan peranan yang cukup besar dalam menentukan pembangunan anak-anak. Jadi rebutlah peluang ini demi pendidikan yang berkualiti untuk anak-anak anda,” katanya.

Syaraff berkata, pihaknya turut mempertimbangkan untuk meluaskan program untuk pra sekolah ini kepada sekolah peringkat rendah dan menengah Brainy Bunch dan Raudhah College.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here