
LONDON – Rekod tanpa kalah 29 perlawanan Manchester United di gelanggang lawan akhirnya lebur selepas ditewaskan oleh Leicester City 4-2 di Stadium King Power hari ini.
Gol-gol Leicester City dijaringkan oleh Tielemens pada minit ke 31′; Soyuncu 78′ Vardy 83′ dan Daka 91′.
Dalam pada itu, gol Manchester United dijaringkan oleh Greenwood 18′ dan Rashford 82′.
Sementara itu lain-lain keputusan perlawanan Liga Perdana Inggeris yang berlangsung malam ini.
Southampton 1-0 Leeds United
Norwich City 0-0 Brighton
Aston Villa   2-3 Wolverhampton
Man. City    2-0 Burnley
Watford     0-5 Liverpool
Manchester United selepas ini bakal berhadapan tugas berat apabila akan melayan kunjungan pasukan musuh tradisi Liverpool untuk perlawanan berikutnya dan diikuti Tottenham Hotspurs.-MT