Ribuan rakyat AS berisiko kehilangan kerja kerana masih enggan divaksinasi

0
33
GAMBAR HIASAN

WASHINGTON – Ribuan tenaga kerja di Amerika Syarikat (AS) bakal kehilangan pekerjaan apabila pihak berkuasa negeri, bandar dan syarikat swasta mula melaksanakan mandat penerimaan vaksinasi sebagai syarat utama untuk bekerja.

Kata Reuters, hanya individu yang mempunyai alasan kesihatan atau keagamaan sahaja yang dikecualikan daripada divaksinasi, tetapi mereka masih perlu menjalani ujian secara mingguan.

Individu berprofil tinggi yang telah dipecat setakat ini adalah ketua jurulatih pasukan American Football Universiti Washington State (WSU), Nick Rolovich dan empat pembantunya.

Sementara itu, anggota polis dan bomba di bandar Chicago dan Baltimore turut berdepan dipecat sekiranya masih gagal mengemukakan status vaksinasi mereka, atau menjalani ujian Covid-19 dengan lebih kerap.

Walaupun penuh kontroversi, mandat ini terbukti efektif apabila lebih ramai rakyat AS tampil ke hadapan untuk divaksinasi.

Menurut koordinator jawatankuasa bertindak Covid-19 Rumah Putih, Jeff Zients, kira-kira 77 peratus popopulasi AS yang layak menerima vaksin sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksinasi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here