RM8 juta dibelanjakan untuk pengurusan mayat pesakit Covid-19

0
7
Aaron Ago Dagang

CYBERJAYA – Kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM8.12 juta untuk perolehan peralatan perubatan khususnya bagi pengurusan mayat berkaitan Covid-19 di Jabatan Forensik hospital Kementerian Kesihatan (KKM) di seluruh negara dari 2020 hingga 10 September lalu.

Timbalan Menteri Kesihatan II, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, RM6.5 juta dibelanjakan untuk pengurusan penyimpanan mayat pesakit yang meninggal akibat Covid-19.

“Pada 2020 kerajaan belanjakan lebih kurang RM898,000 dan tahun ini RM7.2 juta,” katanya dalam persidangan Dewan Negara hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Senator Datuk Juhanis Abd Aziz mengenai jumlah peruntukan dibelanjakan bagi urusan penyimpanan mayat pesakit Covid-19 di hospital milik KKM.

Terdahulu, Aaron berkata kadar pemberian elaun khas Covid-19 kepada petugas barisan hadapan antaranya bagi doktor dan anggota kesihatan daripada pelbagai yang terlibat dalam pengurusan menangani wabak itu telah dinaikkan daripada RM400 kepada RM600 sebulan.

“Secara keseluruhan hingga 30 September 2021, KKM telah membelanjakan sejumlah RM916 juta bagi bayaran elaun khas kepada petugas KKM yang melibatkan kira-kira 1.7 juta tuntutan.

“Pemberian elaun khas ini juga diberi kepada petugas penjawat awam yang terlibat dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang kadarnya juga dinaikkan kepada RM600 sebulan,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here