‘Robot anjing bersenjata’ dipamer kepada umum

0
41
Sistem SPUR ini mula dipertontonkan kepada umum pada Konvensyen Persatuan Angkatan Tentera AS yang bermula semalam.

WASHINGTON – Firma robotik Ghost Robotics dan SWORD International sedang membangunkan sebuah sistem robot bersenjata yang dinamakan sebagai Special Purpose Unmanned Rifle (SPUR).

Sistem tersebut menggabungkan penggunaan sebuah robot berkaki empat (Q-UGV) yang kelihatan seperti seekor anjing yang dibangunkan oleh Ghost Robotics yang dipasang sistem raifal Creedmoor 6.5mm rekaan SWORD yang turut dilengkapi sistem pejera optik.

Prototaip pertama sistem persenjataan itu muncul buat pertama kali pada Konvensyen Persatuan Angkatan Tentera Amerika Syarikat (AS) di Washington, semalam.

Q-UGV yang digunakan sebagai platform senjata tersebut, difahamkan sudah mula memasuki perkhidmatan Angkatan Tentera AS dan dioperasikan oleh Pasukan Keselamatan Skuadron 325 di Pangkalan Udara Tyndall di Florida.

Sementara itu, kata SWORD, kaliber senjata yang dipasang pada sistem SPUR boleh digantikan kepada 5.56x45mm, 7.62x51mm, .300 Norma Magnum, dan juga .338 bersaiz Lapua Magnum dan Norma Magnum.

Keupayaan sebenar sistem SPUR belum lagi didedahkan sepenuhnya, namun menurut Ghost Robotics, sistem persenjataan yang dipasang mempunyai ketepatan sehingga 1,200 meter (m).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here