Sajat akhirnya mengaku seorang transgender

0
534
GAMBAR HIASAN

CYBERJAYA – Spekulasi mengenai jantina sebenar usahawan kontroversi Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman akhirnya terjawab apabila dia mengakui dirinya seorang transgender.

Sajat membuat pengakuan itu ketika muncul dalam program What’s Going On Malaysia bersama hos Harith Iskander yang disiarkan secara langsung di laman media sosial Facebook, malam tadi.

Sajat ketika muncul dalam program What’s Going On Malaysia bersama hos Harith Iskandar (kanan), malam tadi.

Dalam temubual itu, Sajat yang kini berada di Australia mengaku dirinya adalah transgender dan memberitahu keputusannya untuk meninggalkan Malaysia adalah kerana keselamatan dirinya terancam.

“Pada satu tahap apabila mendapat tekanan dan layanan berunsur kekerasan, saya jadi takut dan trauma. Hinggakan saya murung teruk dan perlu mendapatkan rawatan, ambil ubat serta jalani terapi mental.

“Saya buat keputusan larikan diri dari Malaysia sebab tak mahu ia berterusan walaupun perlu tinggal anak, keluarga, kawan-kawan dan perniagaan,” katanya.

Sajat memaklumkan dia berada di Australia sejak 18 Oktober lalu dan nekad untuk memulakan kehidupan baru di sana sebagai ‘transwoman’.

Terdahulu, Sajat dilaporkan melarikan diri daripada pihak berkuasa Malaysia apabila dia berdepan tindakan undang-undang berkaitan pelbagai kesalahan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here