Santai Fest @ Malakat Mall pusat perkumpulan aktiviti komuniti

0
32
Ruang pameran mainan Hot Wheels di tingkat 1 Malakat Mall, Cyberjaya.

CYBERJAYA – Penganjuran Santai Fest di Malakat Mall pada hujung minggu ini merupakan peluang yang patut diambil oleh orang ramai sebagai satu pusat perkumpulan aktiviti komuniti di bawah satu bumbung.

Selain dipenuhi dengan ruang jualan pelbagai produk, Malakat Mall sebenarnya turut menyediakan ruangan bagi tujuan santai buat penggiat aktiviti lain.

Antaranya, penggiat hobi kereta mainan Hot Wheels dan Tamiya kini ‘berkumpul’ di tingkat satu Malakat Mall, bukan sahaja bagi berkongsi hobi mereka dengan orang ramai, tetapi juga untuk menjual koleksi yang mereka ada bagi yang berminat.

Muhammad Zairizal bersama koleksi kesayangannya.

Menurut salah seorang daripada pengumpul tersebut, Muhammad Zairizal Abdullah, hobi itu pada awalnya bermula atas dasar suka-suka, tetapi kini sudah bertukar serius.

“Saya mula mengumpul mainan kereta ini kerana suka-suka sahaja, swbab rekaannya yang cantik.

“Tetapi lama-kelamaan ia bertukar menjadi minat yang serius apabila saya dapat tahu ada antara mainan yang saya miliki sebenarnya bernilai ribuan ringgit di pasaran,” kata Zairizal, hari ini.

Zairizal yang sudah empat tahun berkecimpung dalam pengumpulan mainan Hot Wheels itu turut menambah, mudah baginya kini untuk bertemu dengan rakan-rakan yang mempunyai minat yang sama dengan dirinya kerana ruang yang disediakan oleh Malakat Mall.

“Tidak banyak pusat beli belah yang sanggup menawarkan ruang buat penggiat hobi apa-apapun berkumpul, kerana ia tidak mendatangkan keuntungan apapun kepada mereka.

“Tetapi di Malakat Mall, suasananya lain, kerana mereka turut fokus kepada aktiviti penduduk setempat,” kata Zairizal lagi.

Selain aktiviti perkumpulan seperti ini, turut disediakan pelbagai aktiviti menarik khusus buat para keluarga bersantai.

Antaranya permainan kakank-kanak seperti ‘Pukul Berapa Datuk Dino’, peluang menaiki kuda padi, aktiviti memanah tradisional, dan juga tayangan video istimewa pada pukul 5 petang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here