
CYBERJAYA – Baki sebanyak 1.6 peratus penduduk dewasa yang belum divaksin sebelum sasaran 90 peratus memberi gambaran awal syarat kebenaran rentas sempadan akan dicapai minggu ini.
Berdasarkan data yang dikongsikan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV), peratus vaksinasi Covid-19 setakat semalam adalah 88.4 peratus bersama 20,698,852.
Sementara itu, jumlah golongan dewasa berusia 18 tahun ke atas yang telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin kini berjumlah 94.5 peratus.
Secara keseluruhan, jumlah pemberian dos vaksin termasuk dos pertama dan kedua dalam negara kini berjumlah 44,797,925.
Daripada jumlah itu, 20 juta telah menerima dos lengkap manakala 24 juta telah menerima sekurang-kurangnya satu dos.
Sebelum ini Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan, kelonggaran rentas negeri dibenarkan apabila negara mencapai 90 peratus kadar vaksinasi dewasa berdasarkan data dan analisis dibuat Kementerian Kesihatan.
Perkara berkenaan diputuskan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik yang dipengerusikan Perdana Menteri pada 22 September lalu.