Sasterawan Negara, Kemala meninggal dunia

0
77

CYBERJAYA – Sasterawan Negara, Kemala atau nama sebenarnya Ahmad Khamal Abdullah meninggal dunia ketika tidur pada kira-kira pukul 12 tengah hari tadi.

Menurut portal Malaysia Gazette, berita sedih itu dimaklumkan anak Allahyarham, Ainal Adnin dalam satu kenyataan.

“Dengan penuh insaf rendah diri dan dukacita dimaklumkan bahawa ayahanda kami Ahmad Khamal Abdullah telah menghembuskan nafas yang terakhir pada 27 Oktober 2021 hari Rabu, pada pukul 12 tengah hari di dalam tidurnya.

“Sehubungan dengan itu pihak waris dan keluarga telah menetapkan upacara pengurusan jenazah almarhum pada hari ini selepas waktu Zuhur di Surau as-Sahabah, Seksyen 7, Kota Damansara.

“Muslimin dan muslimat, saudara mara kepada almarhum yang jauh dan dekat dengan rendah hati dimohon menghadiahkan al-Fatihah dan mendoakan akan kesejahteraannya di alam kubur dan akhirat kelak,” kata dalam kenyataan itunya.

Pada 2011, Allahyarham yang juga seorang penyair dinobatkan sebagai penerima Anugerah Sastera Negara ke-11 yang membawa gelaran Sasterawan Negara.

Allahyarham Ahmad Khamal,80, yang dilahirkan di Gombak, Selangor mempunyai latar belakang kegiatan sastera yang luas.

Allahyarham mula menulis sejak di bangku sekolah rendah dan menghasilkan banyak buku puisi, antologi cerpen dan drama.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here