“Saya akan tunaikan impian Allahyarham bapa saya” – Nik Akif

0
145
Pengurus pasukan, Datuk Posa Majais

SEPANG – Pasukan bola sepak kebangsaan bawah-22 malam tadi berlepas ke Ulaanbaatar, Mongolia bagi mengharungi kempen Kelayakan Piala Asia Bawah-23 bermula 25 hingga 31 Oktober ini.

Buat Nik Akif Syahiran Nik Mat yang baharu kehilangan bapanya akibat kemalangan jalan raya pada pagi semalam, kesedihan itu bukanlah satu alasan untuk dia tidak mempamerkan persembahan terbaik di pentas antarabangsa.

Nik Akif

“Allahyarham bapa saya sentiasa impikan kejayaan saya sebagai seorang pemain bola sepak, jadi saya perlu tunaikan impian tersebut.

“Semoga Allahyarham bapa saya tenang di sana,” kata pemain Terengganu FC itu ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA), malam tadi.

Sementara itu, pengurus pasukan, Datuk Posa Majais yakin pasukan negara mampu mencipta kejutan berdasarkan keputusan yang diperoleh dalam tiga perlawanan persahabatan menentang pasukan tempatan baru-baru ini.

Walaupun tewas 1-2 kepada juara Liga Premier Negeri Sembilan pada perlawanan pertama, pasukan negara berjaya mencipta kemenangan dalam dua perlawanan seterusnya, menang 2-1 ke atas Pulau Pinang pada Jumaat lepas, dan 2-0 ke atas Kedah FC.

Dalam pusingan kelayakan di Mongolia nanti, Malaysia diletakkan dalam Kumpulan J bersama Laos, Mongolia dan Thailand, dengan kesemua perlawanan akan dilangsungkan di Stadium Pertubuhan Bolasepak Mongolia (MFF) di Ulaanbaatar.

Paukan negara akan memulakan kempen menentang Laos pada 25 Oktober, diikuti pasukan Mongolia pada 28 Oktober, dan Thailand pada 31 Oktober nanti.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here