Sebar berita palsu, KKM buat laporan polis terhadap kumpulan antivaksin

0
222
Khairy Jamaluddin

CYBERJAYA – Satu laporan polis telah dibuat oleh Kementerian Kesihatan (KKM) terhadap kumpulan antivaksin yang didakwa sering mengelirukan masyarakat dengan maklumat tidak tepat.

Perkara itu disahkan oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dalam satu ciapan menerusi laman Twitternya hari ini.

“Pihak KKM Putrajaya telah membuat beberapa laporan polis terhadap kumpulan anti-vaksin.

“Kami harap tindakan susulan (sisatan, pendakwaan, dan lain-lain) dapat disegerakan. Kumpulan ini terus menyebarkan berita palsu, mengancam kesihatan awam dan annoying,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai membalas ciapan seorang doktor KKM yang menggunakan akaun Twitter, Dr Kin Sulong @DrSak.

Dalam hantaran itu, Dr Kin meluahkan perasaan tidak puas hati apabila golongan tersebut tidak dikenakan sebarang tindakan.

“Am I the only one yang rasa antivaccine group kat Malaysia ni kebal sekebal-kebalnya?

“Even mantan PM (Perdana Menteri), Presiden UMNO pun turun naik mahkamah, tapi antivaksin ni lebih hebat lagi. Petik nama Menteri sesuka hati, tabur fitnah sana sini. Tiada tindakan diambil,” luahnya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here