Selangor: Air akan mula disalurkan pukul 5 petang ini

0
46
Seorang penduduk mengambil bekalan air di lori tangki Air Selangor setelah kawasan perumahan Bukit Serdang, Sri Kembangan mengalami gangguan bekalan air.

SHAH ALAM- Kerja-Kerja penambahbaikan dan penyenggaraan aset kritikal di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSPI) telah siap.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), berkata, sehingga pukul 6 pagi tadi, sistem rawatan air di LRA SSPI sudah distabilkan dan bekalan air mula disalurkan ke sistem agihan bekalan air.

Menurut Air Selangor, air kepada pengguna akan mula disalurkan secara berperingkat pada pukul 5 petang hari ini,

“Bagaimanapun, tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan air di kawasan yang terjejas adalah berbeza.

“Ini bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan air pada sistem agihan bekalan air,” katanya dalam kenyataan hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here