Seorang ahli Parlimen didakwa di mahkamah esok

0
198
SPRM

CYBERJAYA – Seorang ahli Parlimen akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok atas dakwaan terlibat dalam salah guna kuasa.

Memetik laporan Utusan Malaysia yang memetik satu sumber, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mendapat izin mendakwa ahli pemimpin sebuah parti politik di Sabah itu.

Menurut sumber itu lagi, ahli politik berkenaan disyaki menggunakan kedudukannya untuk membuat keputusan bersama meluluskan pelantikan seorang kontraktor bagi menjalankan projek di salah sebuah pelabuhan di negeri berkenaan.

Kata sumber itu, kontraktor yang dilantik itu disyaki mempunyai kepentingan dengan ahli politik berkenaan.

“Pertuduhan akan dilakukan mengikut Seksyen 23(1) Akta SPRM 2009 kerana salah guna kuasa,” katanya hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here