Seorang kru produksi maut, 3 yang lain cedera parah dalam kemalangan ngeri

0
1444
Seorang lelaki maut manakala tiga yang lain cedera parah dalam kemalangan ngeri di Kilometer 71, Jalan Kota Bharu-Kuala Terengganu berhampiran simpang tiga Kampung Saujana, di sini.

SETIU – Seorang lelaki yang juga kru produksi filem maut selepas kenderaan dipandu terbabas di Kilometer 71, Jalan Kota Bharu-Kuala Terengganu berhampiran simpang tiga Kampung Saujana, di sini.

Dalam kejadian pukul 1.15 tengah hari, Muhammad Nurshamril Abdul Malek, 27, yang memandu Perodua Alza disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Afandi Hussin berkata, berkata ketika kejadian, mangsa bersama tiga rakan sekerjanya dalam perjalanan dari Kota Bharu, Kelantan menghala ke Kuala Lumpur.

“Setibanya di tempat kejadian, pemandu dipercayai gagal mengawal kenderaan sebelum terbabas dan terlanggar tunggul kayu di kiri jalan menghala ke Kuala Terengganu.

“Sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Setiu berjaya mengeluarkan mangsa yang berada dalam kenderaan itu.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan mayat dihantar ke unit forensik Hospital Setiu untuk bedah siasat, manakala tiga mangsa lagi cedera patah,” katanya memetik laporan Harian Metro.

Afandi berkata, penumpang hadapan, Kamarul Anuar Mohamed Nasir, 39, serta penumpang belakang, Amir Daniel Suhaimi, 23, mengalami kecederaan parah retak di bahagian leher.

“Sementara itu seorang lagi penumpang belakang, Nur Azizi Nazril Abd Aziz, 26, mengalami kecederaan parah putus tangan kiri,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here