Seorang terbunuh dalam insiden tembakan

0
188

CYBERJAYA – Satu kejadian dipercayai insiden amuk melibatkan seorang anggota tentera dilaporkan berlaku di Kampung Kolong 1 di Sungai Tengah, Kuching, tengah hari ini.

Menurut portal The Borneo Post, dalam kejadian itu, anggota tentera itu dilaporkan terbunuh manakala seorang lagi tercedera.

Laporan itu turut menyebut, individu yang tercedera dalam kejadian itu merupakan ibu mertua kepada anggota tersebut.

Mangsa dipercayai tercedera setelah terkena tembakan di bahagian bahunya, dan kini sedang menerima rawatan di Hospital Besar Kuching.

Saksi kejadian menyebut, anggota tentera itu yang bertugas di sebuah kem di Tondong, Bau tiba di rumah berkenaan pada tengah hari.

Dia kemudiannya dipercayai melepaskan beberapa tembakan ke udara menggunakan sebuah raifal Colt M-4 carbine, yang dipercayai dibawa dari kemnya.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail yang mengesahkan kejadian itu berkata, suspek berusia 20-an itu meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan di kepala.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here