Singapura tandatangani perjanjian peroleh ubat antiviral Merck Inc.

0
93

SINGAPURA – Firma farmaseutikal Merck Inc. hari ini mengumumkan pihaknya sudah menandatangani perjanjian bagi membekalkan ubat antiviral Covid-19 kepada Singapura.

Bagaimanapun, kata Reuters, pihak kementerian kesihatan negara itu belum memberikan sebarang jawapan ketika cuba dihubungi.

Ubat antiviral yang dikenali sebagai molnupiravir itu merupakan ubat oral pertama yang direka.

Selain Singapura, Australia juga difahamkan telah menandatangani perjanjian pembelian.

Malaysia, Thailand, Korea Selatan dan Taiwan pula sebelum ini dilaporkan turut berminat untuk mendapatkan ubat itu juga.

Molnupiravir mempunyai kelebihan kerana ia diambil menerusi mulut dan bukannya melalui suntikan intravenous (IV), membolehkan pesakit Covid-19 hanya menjalani rawatan di umah tanpa perlu dimasukkan ke hospital.

Bagaimanapun, ubat antiviral ini hanya sesuai bagi pesakit yang menghidap Covid-19 pada tahap 1 hingga 3 sahaja, dan perlu mengambilnya dalam masa lima hari setelah disahkan positif.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here