SOP PRN Melaka dibentang esok – KJ

0
15
KHAIRY JAMALUDIN

CYBERJAYA – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan membentangkan prosedur operasi standard (SOP) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka esok.

Kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, pembentangan itu akan dilakukan pada mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik Covid-19 yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Kata Khairy Jamaluddin lagi, pihaknya akan turut memberikan pandangan berhubung perkara terbabit pada mesyuarat sama.

Setiap SOP yang dicadangkan oleh SPR akan mengambil kira pengalaman PRN Sabah tahun lepas.

“Kita akan pastikan apa yang berlaku di Sabah tidak berulang, dan pandangan saya, semasa PRN Sabah kita belum ada vaksinasi dan kita terima hakikat di Sabah pada masa itu tiada penularan varian Delta.

“KKM akan berikan ulasan esok kerana esok akan dimuktamadkan SOP pilihan raya,” katanya dalam satu sidang akhbar, hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here