Suami isteri dikompaun gara-gara tidak lengkap vaksin

0
392
Gambar Hiasan

JOHOR – Sepasang suami isteri dikompaun RM2,000 setiap seorang kerana melakukan perjalanan rentas negeri sebelum melengkapkan dua dos vaksin Covid-19.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata, pasangan itu dikompaun ketika pemeriksaan di SJR Inas Jalan Kulai-Kota Tinggi.

“Semalam kita telah kompaun sepasang suami isteri dari Perak yang didapati merentas negeri tanpa vaksin lengkap. Pasangan itu ingin ke Kulai melalui SJR Inas. 

“Pemeriksaan lanjut mendapati mereka belum lengkap vaksin Covid-19.

“Kompaun RM2,000 dikeluarkan bagi setiap seorang di bawah Peraturan 17(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021,” katanya dalam satu kenyataan hari ini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here