Sultan Johor murka pengemudi bot lalok dadah bawa penumpang

0
64
Sultan Ibrahim Sultan Iskandar .

JOHOR BAHRU – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar murka dan kesal berhubung operasi bot pelancong yang dikemudikan secara berbahaya oleh pemandu di bawah pengaruh dadah berhampiran Pulau Rawa, dekat sini.

Sultan Ibrahim turut mengarahkan semua agensi penguatkuasaan yang terbabit meningkatkan rondaan dan bertindak tegas kepada kejadian seumpama itu.

“Saya rasa kesal dengan kejadian yang berlaku betul-betul di depan mata saya.

“Saya lihat mereka bawa bot penumpang dengan laju dan berbahaya dekat jeti Pulau Rawa. Saya arahkan pihak polis menahan bot tersebut yang di dalamnya ada membawa satu keluarga dengan anak-anak kecil untuk aktiviti ‘island hopping’,” titah baginda dalam hantaran di Facebook rasminya semalam.

Baginda turut bertitah supaya pemandu bot yang didapati mengemudi secara berbahaya atau di bawah pengaruh dadah dibatalkan lesen,” katanya.

Titah baginda, dalam kejadian itu, baginda telah mengarahkan polis supaya menahan pemandu bot berkenaan dan mereka didapati positif dadah.

“Setelah pihak polis buat penahanan dan siasatan lanjut, jelaslah tindakan mereka memandu bot dengan tidak tentu arah kerana kesan pengaruh dadah.

“Perkara seperti ini sangat memalukan industri pelancongan negeri Johor. Saya harap perkara sebegini tidak berulang lagi,” titah baginda.

Semalam, media melaporkan dua lelaki yang merupakan tekong bot dan awak-awak ditahan selepas dipercayai positif dadah ketika membawa penumpang menaiki pengangkutan air itu secara merbahaya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here