Syed Saddiq pengerusikan Kaukus Medical Cannabis

0
95
Syed Saddiq

CYBERJAYA – Penubuhan Kaukus Medical Cannabis yang diumumkan pada hari ini akan dianggotai oleh sembilan Ahli Parlimen merentas parti.

Kaukus itu ditubuhkan bagi merangka dasar dan strategi bagi mengawal selia penggunaan medical cannabis dan ketum.

Dipengerusikan oeh Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, kaukus itu turut dianggotai oleh Azalina Othman Said (BN-Pengerang), Khalid Abdul Samad (PH-Shah Alam), Dr. Xavier Jayakumar (Bebas-Kuala Langat) dan Ignatius Darell Leiking (Warisan-Penampang).

Selain itu, ia turut dianggotai oleh Kelvin Yii Lee Wuen (PH -Bandar Kuching), Azman Ismail (PH-Kuala Kedah), Lukanisman Awang Sauni (GPS-Sibuti), dan Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas).

“Kaukus Medical Cannabis akan bertemu kumpulan pakar kesihatan, penyelidik, pemain industri, NGO berkaitan dan kementerian terlibat bagi mendapatkan pandangan pembentukan dasar.

“Negara lain sudah bergerak jauh ke hadapan dalam perlaksanaan dasar berkaitan medical cannabis dan ketum. Malaysia juga harus mula sahut hal ini,” kata satu kenyataan bersama, hari ini.

Kenyataan itu turut menyebut, penubuhan kaukus itu juga selaras dengan usaha untuk mengembangkan industri ketum dan medical cannabis di negara ini yang boleh memberi manfaat kepada industri kesihatan negara dan rakyat tempatan.

Kaukus Medical Cannabis percaya bahawa semangat bipartisan yang diangkat ini akan dapat diterjemah kepada dasar dan strategi yang baik untuk kebaikan rakyat dan negara.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here