Taiwan dilanda gempa bumi

0
52
Antara gambar kerosakan akibat gempa bumi yang melanda Taiwan dikongsikan pengguna media sosial.

TAIPEI – Satu gempa bumi kuat dilaporkan melanda timur laut Taiwan, hari ini.

Menurut AFP, setakat ini, tiada laporan mengenai kerosakan meluas akibat bencana itu dikeluarkan, namun penduduk melaporkan gegaran kuat turut dirasai di ibu negara.

Menurut biro cuaca pusat Taiwan, gempa bumi itu berukuran 6.5 skala Ritcher manakala Pusat Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (USGS) pula menyatakan gegaran berada pada 6.2 skala Ritcher.

Gempa bumi itu melanda timur laut daerah Yilan pada pukul 1.11 petang (waktu tempatan) pada kedalaman 67 kilometer (km).

Seorang wartawan AFP yang tinggal di Yilan memberitahu, gegaran berlaku kira-kira 30 saat.

“Dinding rumah bergegar, rasa seperti gempa agak kuat,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here