Tempat kerja jadi lokasi pertambahan kluster Covid-19

0
50
Gambar Hiasan

CYBERJAYA – Tempat kerja menjadi lokasi pertambahan tujuh daripada lapan kluster baharu Covid-19 yang direkodkan hari ini

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kluster tempat kerja melibatkan tiga di Perak, dua di Selangor manakala Johor dan Pahang, masing-masing satu kluster. 

Selain itu kata Dr. Noor Hisham, Negeri Sembilan merekodkan satu kluster pendidikan lain yang berlaku di Port Dickson dengan 33 kes positif. 

“Jumlah terbabit menjadikan keseluruhan kluster aktif sebanyak 634 kluster manakala 5,061 kluster tamat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Noor Hisham berkata, Malaysia mencatatkan peningkatan kes positif Covid-19 iaitu 5,745 kes berbanding, 5,434 kes semalam.

“Pada hari ini terdapat 8,933 kes sembuh selain terdapat 682 kes Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 331 kes memerlukan Alat Bantuan Pernafasan (ABP).

“Daripaea 5,745 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, 115 kes (2 peratus) adalah kategori tiga, empat dan lima. Baki, 5,630 kes (98.0 peratus) lagi adalah terdiri daripada  kategori satu dan dua,” katanya. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here