Tentera Israel rampas, musnah bot nelayan penduduk Gaza

0
154
Gambar hiasan

GAZA – Dua bot milik nelayan Palestin dirampas manakala sebuah lagi dimusnahkan oleh tentera regim Israel kira-kira tujuh batu nautika di luar pantai Palestin, semalam.

Tindakan itu merupakan opresi terbaharu anggota tentera negara perampas itu terhadap nelayan Palestin yang semakin ditekan sejak akhir-akhir ini.

Dalam kejadian terbaharu itu, ketua persatuan nelayan, Nizzar Ayyash berkata, dua bot milik Abdullah Al-Bardaweel dirampas atas dakwaan tidak mematuhi peraturan kerajaan haram Israel.

Sebuah lagi bot milik nelayan milik Mohammad Al-Bardaweel dimusnahkan manakala peralatan penangkapan ikan turut dirampas.

Persatuan Nelayan Gaza berkata, kira-kira 4,000 nelayan Palestin kini semakin ditekan oleh Israel sekaligus menjadikan pekerjaan itu antara yang paling berisiko tinggi ketika ini.

Pada tahun lalu, sebanyak 320 insiden dilaporkan berlaku melibatkan penindasan kuasa terhadap nelayan Palestin iaitu peningkatan lebih 63 kali daripada tahun sebelumnya.

Selain penguatkuasaan di laut yang tidak bertimbang rasa terhadap nelayan, pihak berkuasa Israel turut menutup kawasan penangkapan ikan selama lebih 2 minggu pada Ogos lalu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here