Tiada cadangan diskaun untuk projek Residensi Keluarga Malaysia

0
46

KUALA LUMPUR – Setakat ini tiada cadangan atau diskaun untuk projek perumahan mampu milik di bawah Residensi Keluarga Malaysia, kata Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Jalaluddin Alias.

Jalaluddin berkata,  terdapat dua projek bawah program berkenaan iaitu Residensi Wilayah Keluarga Malaysia untuk golongan M40 dan Residensi Prihatin Keluarga Malaysia untuk golongan B40.

“Untuk makluman, program Residensi ini yang dahulunya dikenali sebagai Rumawip merupakan program rumah mampu milik di Wilayah Persekutuan (Putrajaya dan Labuan) dengan harga jualan tidak lebih RM300,000.

“Baru-baru ini, Residensi ini dijenamakan sebagai Residensi Wilayah Keluarga Malaysia, setiap unit berkeluasan 900 kaki persegi dan khusus untuk mereka yang berpendapatan sederhana iaitu M40. 

“Program Residensi Prihatin atau sekarang dikenali Residensi Prihatin Keluarga Malaysia untuk B40 pula dijual tidak lebih RM200,000 dengan setiap unti berkeluasan minima 750 kaki persegi.

“Untuk kedua-dua projek ini, kementerian setakat ini tiada cadangan atau mewujudkan diskauan kerana harga itu berdasarkan kajian kebolehsanaan pembangunan perumahan mampu milik,” katanya di Dewan Negara hari ini.

Mengulas lanjut, Jalaluddin berkata, harga berkenaan boleh menjadi tarikan kepada pemaju untuk membangunkan 100 peratu komponen Residensi Keluarga Malaysia tanpa melibatkan dana kerajaan atas tanah milik kerajaan.

“Perkara ini telah dikira kos-kos yang perlu ditangung oleh pemaju yang meliputi tanah, pembinaan, infrastruktur, caj, fasiliti dan juga kos-kos lain. Oleh sebab itu, kerajaan memperkenalkan projek perumahan mampu milik ini,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here