Tiada masalah Datuk Seri dan Tan Sri ada hubungan sulit, ambil rasuah dalam drama

0
53
Tan Sri Annuar Musa

KUALA LUMPUR – Kerana tiada masalah dengan penerbitan skrip drama selagi ia tidak melanggar garis panduan yang ditetapkan termasuk lima prinsip Rukun Negara.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata, sekiranya ada nilai penulisan kreatif yang berunsur negatif dan bercanggah dengan prinsip yang ditetapkan, perkara itu akan dipantau oleh kementeriannya.

“Selagi mana penulisan kreatif itu bawa mesej kepada umum, tidak langgar garis panduan tertentu, sentiasa hormati hormati prinsip Rukun Negara… maka kita izinkan pendekatan kreatif termasuk dalam penulisan skrip drama.

“Namun, jika terdapat nilai berunsur negatif kepada masyarakat dalam bentuk mungkin bercanggah dengan prinsip tadi, maka ia akan dipantau oleh kementerian,” katanya lagi di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata, demikian ketika menjawab soalan Datuk Hasanuddin Mohd Yunus (PH – Hulu langat), yang mahu mengetahui tahap pemantauan ke atas skrip drama yang sewenang-wenangnya menggunakan watak bergelar Tan Sri dan Datuk Seri, yang tidak bermoral seperti melakukan hubungan sulit dengan isteri orang serta mengambil rasuah, kerana ia menjatuhkan imej gelaran tersebut.

Dalam pada itu, Datuk Jazlan Yaakub (BN – Machang) memohon pandangan Annuar mengenai unsur negatif yang pada hemat sesetengah pihak, membawa pengajaran tentang realiti yang sebenarnya berlaku di kalangan masyarakat.

Annuar berkata, beliau berpandangan agar kandungan drama perlu lebih peka, serta disesuaikan dengan keadaan semasa.

“Contoh sewaktu PKP (perintah kawalan pergerakan) memuncak, di mana rakyat dalam keadaan susah dan tertekan, sehingga berlaku peristiwa termasuk bunuh diri dan sebagainya, tidak perlu ada drama lebih melukakan lagi tambah suasana kemurungan.

“Sekarang kita sudah memasuki fasa pemulihan negara, pergerakan lebih terbuka, jadi kita patut kembalikan keceriaan dan hidupkan semangat Keluarga Malaysia – kebersamaan serta inklusiviti.

“Nilai nasional ini memang kita galakkan melalui medium siaran,termasuk drama, teledrama dan sebagainya,” katanya lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here