Tidak perlu lagi My Travel Pass selepas vaksinasi capai 90 peratus

0
64
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

CYBERJAYA – Kerajaan akan membenarkan rakyat Malaysia yang ingin berkunjung ke luar negara tidak perlu lagi memohon My Travel Pass selepas negara mencapai 90 peratus kadar vaksinasi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, beliau menjangkakan keadaan itu akan berlaku tidak lama lagi.

“Bila 90 peratus program vaksinasi telah tecapai untuk dua dos kita akan benarkan rakyat kita keluar negara tanpa memohon My Travel Pass.

“Maknanya My Travel Pass tidak akan digunakan apabila program vaksinasi mencapai 90 peratus keseluruhan. Bermakna mungkin tidak lama lagi,” katanya dalam wawancara khas yang disiarkan secara langsung semalam.

Mengulas lanjut, katanya, dahulu kerajaan bertindak membuat sekatan dari segi penerbangan dan hanya membenarkan mereka ke luar negara atas urusan perniagaan.

Bagaimanapun, katanya, untuk pelajar-pelajar yang menyambung pelajaran atau memasuki institusi pengajian tinggi atau swasta di luar negara mereka dibenarkan berlepas tanpa memohon My Travel Pass.

Katanya, untuk suami yang mahu berjumpa isteri pula mereka mesti membuat permohonan berkenaan ketika itu.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here