Timbalan Ketua Menteri Sarawak meninggal dunia

0
39
Mendiang meninggal dunia akibat komplikasi selepas disahkan positif Covid-19 di Normah Sarawak Medical Centre, Kuching

KUCHING –  Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Dr James Jemut Masing meninggal dunia pada pukul 7.05 pagi tadi.

Mendiang meninggal dunia akibat komplikasi selepas disahkan positif Covid-19 di Normah Sarawak Medical Centre, Kuching.

Beliau sebelum ini telah dimasukkan ke wad unit rawatan rapi (ICU) Hospital Umum Sarawak selepas disahkan positif Covid-19 pada 28 September lalu.

Berusia 72 tahun pada 5 Mac lalu, James dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak pada 28 September sebelum ditidurkan apabila komplikasi semakin teruk.

Pada minggu lalu, beliau dipindahkan ke Pusat Rawatan Pakar Normah untuk rawatan lanjut.

Sebelum itu, pada 31 Mei lalu, adiknya Jantai Masing juga meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19.

James yang merupakan Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri pada era pemerintahan Tan Sri Adenan Satem dan Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Selain itu, Masing turut memegang portfolio Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Pelabuhan.

Difahamkan, mayat mendiang akan dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Umum Sarawak sebentar lagi untuk urusan bedah siasat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here