Tumpu PRN Melaka, Najib tangguh ke Singapura

0
230
Datuk Seri Najib Tun Razak

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memohon untuk menangguhkan perjalanan ke Singapura bagi membantu jentera parti UMNO dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 20 November depan.

Najib berkata, beliau diamanahkan dengan tanggungjawab untuk memastikan parti bertindak dengan teratur dan sewajarnya ketika ketiadaan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang akan berangkat ke Jerman untuk mendapatkan rawatan sakit belakang, lapor Berita Harian hari ini.

Sehubungan itu, beliau memohon kepada mahkamah untuk meminda tarikh bagi pelepasan dan penyerahan pasportnya kepada mahkamah daripada 20 Oktober hingga 22 November kepada 25 Oktober hingga 6 Disember ini.

Perkara itu terkandung dalam notis usul dan afidavit sokongan yang difailkan semalam.

Pada prosiding hari ini, Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan menangguhkan kepada 26 Oktober ini untuk mendengar permohonan itu.

Ini berikutan, Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Ashrof Adrin Kamarul memaklumkan kepada mahkamah bahawa beliau perlu mendapatkan arahan daripada Peguam Negara berhubung permohonan pindaan berkenaan.

Isnin lalu, Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan Najib mendapatkan pasport antarabangsanya buat sementara bermula 20 Oktober hingga 22 November ini.

Ia bagi membolehkan bekas Perdana Menteri itu melawat anak perempuannya Nooryana Najwa yang kini berada di Singapura dan bakal melahirkan anak kedua pada November ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here