Turki tumpaskan sel pengintipan Mossad, tahan 15 warga Arab

0
1043
Ibu pejabat agensi perisikan Turki, Pertubuhan Perisikan Negara (MIT) di Istanbul.

ISTANBUL – Agensi perisikan Turki dilaporkan berjaya memusnahkan satu rangkaian perisikan yang mempunyai kaitan dengan Mossad di negara itu berikutan penahanan 15 warga Arab.

Media tempatan menyebut, rangkaian itu terbahagi kepada lima sel yang dianggotai oleh tiga individu setiap satu, berjaya ditahan dalam satu operasi serentak pada 7 Oktober lalu.

Salah satu daripada sel itu didakwa sudah bertemu dengan beberapa pegawai Mossad bagi menyampaikan dokumen yang mempunyai maklumat penting bagi Israel.

Menurut laporan TRT Haber, antara maklumat yang disampaikan itu adalah butiran peribadi para pelajar universiti warga Turki dan luar negara, terutamanya pelajar yang mengambil jurusan berkaitan pertahanan.

Kesemua individu yang ditahan dikenakan pertuduhan ‘melakukan pengintipan ke atas warga Palestin yang tinggal di Turki bagi pihak Mossad’.

Pada minggu lepas, agensi media Shehab melaporkan, tujuh lelaki Palestin yang pada awalnya dilaporkan hilang di Turki sebenarnya diberkas kerana terlibat dalam operasi ‘pengintipan ke atas tokoh negara Palestin’ di Turki.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here