Turunkan had kelayakan mengundi kepada 18 tahun agar Malaysia selari amalan demokrasi negara maju

0
25
Ketua Penerangan Wanita UMNO, Datuk Norshida Ibrahim

CYBERJAYA – Sudah tiba masanya dasar had kelayakan umur mengundi diturunkan kepada 18 tahun agar Malaysia selari dengan negara maju dalam amalan demokrasi.

Ketua Penerangan Wanita UMNO, Datuk Norshida Ibrahim berkata, penurunan umur layak mengundi akan mewujudkan lebih banyak kebebasan.

Bagaimanapun katanya, langkah berkenaan mungkin menyebabkan kadar jumlah keluar mengundi lebih rendah semasa berlansungnya Pilihanraya.

“Hal ini (penuruan umur kayak mengundi )semestinya akan mendedahkan lebih ramai golongan muda terlibat dalam politik.

“Pemerkasaan dalam “undi 18” ini akan memberikan ruang penglibatan lebih ramai orang khususnya golongan muda akan melahirkan sudut pandangan yang lebih segar mengenai senario politik dalam negara.

“Undi 18” juga akan memberikan pengetahuan yang lebih jelas kepada golongan muda dari segi struktur amalan demokrasi dasar negara seperti kelayakan mengundi, hak dan sistem pendaftaran, kaedah pengundian, sumbangan dana politik, pembiayaan kempen dan penyuburan demokrasi,” katanya.

Menurut Norshida, kebanyakan negara maju seperti Amerika Syarikat (AS), Jerman, Jepun,India, Itali dan Argentina telah melaksanakan  umur layak mengundi ialah 18 tahun. 

“AS melaksanakan sewaktu pemerintahan Richard Nixon pada tahun 1971 dengan membuat pindaan ke-26 ke atas Perlembagaan AS untuk merendahkan umur layak mengundi daripada 21 kepada 18 tahun.

“Bagi negara kita juga ianya memerlukan pindaan Perkara 119(1) Perlembagaan Persekutuan dengan memperkenalkan rang undang-undang baru bagi menurunkan umur yang layak mengundi daripada 21 tahun ke 18 tahun dalam bahagian pilihan raya bagi Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri.

“Buat masa ini, kita dimaklumkan rata-rata rakyat Malaysia bersetuju dan masih mempunyai kerisauan terhadap impak kepada diri anak-anak muda dan negara bagi jangka masa panjang,” katanya.

Dalam pada itu katanya, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)  telah memaklumkan sebanyak 32 parti politik yang berdaftar daripada 51 parti politik berdaftar telah bersetuju mengenai pemindaan umur ini untuk memberikan ruang kepada golongan muda.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here