Vaksinasi remaja negara terpantas di dunia

0
149
Khairy Jamaluddin Abu Bakar

CYBERJAYA – Malaysia menjadi antara negara yang memberikan suntikan vaksin Covid-19 kepada golongan remaja terpantas di dunia.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, hanya dalam tempoh dua bulan, 80 peratus kanak-kanak berusia 12 hingga 17 tahun sudah menerima dos pertama vaksin Pfizer.

Jelas beliau, dalam tempoh dua bulan, Malaysia mampu memberikan 80 peratus penduduk berusia 12-17 tahun sekurang-kurangnya dos pertama vaksin Pfizer.

“Salah satu pemberian vaksin Covid-19 remaja terpantas di dunia,” katanya dalam Twitter, hari ini.

Dalam masa sama, Khairy turut menzahirkan tahniah kepada Timbalan Menteri Kesihatan 1 Datuk Dr Noor Azmi Ghazali dan Timbalan Menteri Pendidikan I Datuk Dr Mah Hang Soon yang sebelum ini, dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan pemberian vaksin untuk kumpulan berkenaan.

Dr Noor Azmi adalah Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Imunisasi Covid-19 Remaja (CITF-A).

Sebelum ini, Kementerian Kesihatan (KKM) menyasarkan sekurang-kurangnya 80 peratus daripada keseluruhan 3.2 juta remaja di negara ini menerima suntikan dua dos vaksin Covid-19, menjelang hujung tahun ini atau selewat-lewatnya sebelum sesi persekolahan 2022 bermula.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here