[VIDEO] Pakistan: Wartawan terbunuh dalam serangan bom

0
49
Orang ramai mengerumuni tempat kejadian pengeboman itu, semalam.

QUETTA – Seorang wartawan penyiaran dilaporkan terbunuh apabila kereta dinaikinya menjadi sasaran serangan bom, semalam.

Menurut portal ABC News, Shahid Zehri, yang bertugas di rangkaian televisyen Metro 1 News, tercedera dalam kejadian di bandar Hub, wilayah Baluchistan namun meninggal dunia ketika sedang menerima rawatan di hospital.

Pakistan: Wartawan terbunuh dalam serangan bom

Menurut ketua polis Hub, Shafiq Mengal, siasatan awal mendapati, serangan itu sememangnya disasarkan ke atas Zehri, namun pihak polis sedang menjalankan siasatan rapi mengenai motif kejadian dan mengenal pasti pihak yang terlibat.

Bagaimanapun, beberapa jam selapas kejadian itu, pihak Tentera Pembebasan Baluch mengeluarkan kenyataan bahawa pihaknya terlibat dalam serangan itu.

Kumpulan itu merupakan salah satu daripada kumpulan bersenjata yang menuntut kemerdekaan wilayah Baluchistan.

Serangan sebelum ini banyak ditumpukan ke atas pasukan keselamatan, namun kebelakangan ini, kumpulan wartawan dan petugas media turut menjadi sasaran.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here