Wanita dijangkiti Covid-19 cuba lari dari wad terperangkap di belebas hospital

0
139
Bomba

KENINGAU – Tindakan seorang wanita yang disahkan positif Covid-19 untuk melarikan diri mengundang padah apabila pesakit terperangkap di bahagian luar bangunan di tingkat 1 Hospital Keningau di sini, awal pagi ini.

Ketua Bomba dan Penyelemat Keniungau, Sharudy Delamin berkata, sepasukan tujuh anggota dan pegawai dikerahkan ke lokasi selepas menerima aduan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 6.15 pagi ini.

Katanya, usaha menyelamatkan wanita yang dimasukkan ke wad hospital berkenaan sejak semalam dilakukan dengan bantuan jentera dan van
Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (ERMS).

“Kejadian berpunca daripada tindakan wanita berkenaan yang cuba keluar dengan memanjat bahagian belebas bangunan.

“Cubaan itu bagaimanapun gagal dan dia akhirnya ‘tersekat’ di tingkat satu sehingga anggota tiba menyelamatkannya dengan menggunakan tangga,” katanya.

Jelasnya, mangsa yang dipercayai mengalami tekanan selepas disahkan positif Covid-19 itu kemudian diserahkan kepada pihak hospital dan polis untuk tindakan selanjutnya.

Anggota bomba menyelamatkan seorang pesakit Covid-19 yang cuba melarikan diri dari wad di Hospital Keningau pagi ini. Foto ihsan bomba.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here