Wanita jumpa al-Quran dibakar ketika bersenam

0
599
Keadaan al-Quran yang ditemukan seorang eanita ketika bersenam semalam

KLUANG – Seorang wanita membuat laporan polis selepas menemukan al-Quran dengan kesan dibakar di jambatan Tasik Taman Seri Impian di Kluang semalam.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Low Hang Seng berkata, polis kini giat menjalankan siasatan kes berkenaan dari pelbagai sudut.

Hang Seng turut menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung penemuan berkenaan.

“Polis menerima satu laporan daripada seorang wanita yang memaklumkan kejadian itu ketika bersenam di kawasan tasik berkenaan.

“Wanita berkenaan terjumpa senaskhah al-Quran yang dibakar dan hanya tinggal cebisan kertas dan ayat saja.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan dan pihak polis sedang giat menjalankan siasatan kes ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Hang Seng meminta orang awam yang mempunyai maklumat kejadian itu supaya melaporkan kepada polis bagi memudahkan siasatan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here