Warisan nyatakan hasrat terbang ke Semenanjung

0
46
Datuk Seri Shafie Apdal

KUALA LUMPUR – Parti Warisan Sabah (Warisan) hari ini mengumumkan bahawa parti itu berhasrat untuk mengembangkan sayap ke Semenanjung.

Presidennya, Datuk Seri Shafie Apdal berkata, Warisan arah untuk menjadi parti nasional dan akan mengambil pendekatan berbilang bangsa dalam dasarnya.

Katanya, ramai ahli politik dari Semenanjung, termasuk beberapa orang daripada UMNO bertanya bilakah parti itu akan beralih ke platform nasional.

“Kita perlu meluaskan sayap. Keputusan akhir akan dibuat oleh Majlis Tertinggi Warisan tidak lama lagi dan kami akan berada di sana. 

“Kami akan fokus untuk menjadi parti berbilang bangsa dalam pendekatan kami, tetapi juga memastikan nilai Islam sentiasa ditegakkan.

“Kami menjangkakan ramai pengundi muda akan menyertai kami kerana mereka lebih berani menghadapi perubahan. 

“Politik berbilang bangsa ialah caranya untuk negara,” katanya kepada pengarang media menerusi sesi khas Zoom dari Kota Kinabalu hari ini.

Sementara itu kata Shafie, Warisan akan menjalin kerjasama politik dengan MUDA dan pengumuman akan dibuat tidak lama lagi.

“Saya turut menawarkan peluang kepada Presiden MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman untuk calon partinya bertanding atas tiket Warisan pada PRU15 jika Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) gagal mendaftarkan parti itu nanti. 

“Terpulang kepadanya untuk menerima tawaran itu…Saya turut menasihatkan beliau supaya tidak menetapkan had umur untuk pemimpin dan ahlinya kerana ia tidak praktikal.” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here