Wartawan Vietnam dipenjara kerana ‘salahgunakan kebebasan demokrasi’ di media sosial

0
40
GAMBAR HIASAN

Hanoi – Lima wartawan Vietnam dijatuhi hukuman penjara antara dua hingga empat setengah tahun semalam kerana menyiarkan laporan dalam talian yang mengkritik kerajaan Komunis, lapor media.

Akhbar VnExpress melaporkan, kelima-lima lelaki itu didapati bersalah kerana ‘menyalahgunakan kebebasan demokrasi’ melalui catatan di akaun media sosial mereka.

Selain hukuman penjara, mereka turut dikenakan hukuman dilarang bekerja sebagai wartawan selama tiga tahun.

Kesemua mereka dihadapkan ke mahkamah daerah berhampiran bandar selatan Can Tho, semalam.

Pada Ogos 2019, kelima-lima wartawan itu memulakan sebuah saluran Youtube dan akaun media sosial Facebook menggunakan nama Kewartawanan Bersih.

Kedua-dua akaun itu bagaimanapun dibubarkan selepas seorang daripada mereka ditangkap pada akhir 2020.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here