Zainul Nasi Kandar akan muncul di Malakat Mall

0
378
Coach Fadzil (kiri) bersama Nizam (dua dari kiri) di hadapan kiozk Zainul Nasi Kandar di Petaling Jaya, hari ini.

CYBERJAYA – Peminat Zainul Nasi Kandar di Cyberjaya dan Putrajaya tidak perlu ‘berjalan jauh hingga ke Petaling Jaya kerana kedai makan dengan hidangan menyelerakan itu bakal membuka cawangannya di Malakat Mall.

Perkara itu diumumkan oleh Pengasas Malakat Mall, Mohd. Fadzil Hashim dalam satu catatan ringkas di laman Facebooknya, sebentar tadi.

“Alhamdulillah! The Famous Zainul Nasi Kandar akan berada di TTC Malakat Mall!

“Lama pujuk Abg Nizam nie. Saya membesar disini. Dia kenal saya dgn panggil ‘Boy’! Doakan dipermudahkan dan diberi kejayaan!” kata Mohd. Fadzil yang turut dikenali sebagai Coach Fadzil.

Zainul Nasi Kandar merupakan salah satu daripada jenama nasi kandar yang amat popular di Lembah Klang, kerana juadahnya masih mengekalkan bahan dan cara buatan sebenar lauk pauk nasi kandar dari Pulau Pinang.

Jadi, buat para ‘hantu’ nasi kandar, nantikan pengumuman rasmi mengenai bila hidangan itu akan akan muncul di Malakat Mall!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here