
CYBERJAYA – Hidangan istimewa di restoran nasi kandar terkenal, Zainul Nasi Kandar kini menjadi tarikan baharu di restoran The Tarik Corner (TTC) yang terletak di Malakat Mall Cyberjaya di sini.
Pengurus F&B Brainy Kitchen, Muzamir Ismail berkata, lebih istimewa, menu itu dibawakan khas dari restoran terkenal itu di Petaling Jaya, Selangor untuk peminat-peminat nasi kandar.
“Pelbagai jenis menu istimewa yang terdapat di Zainul Nasi Kandar Petaling Jaya turut ada di sini.
“Antaranya kari kepala ikan, ayam kari, daging, ikan, sotong dan kambing dengan kuah masak hitam serta ayam goreng berempah yang menjadi tarikan utama di Zainul Nasi Kandar,” katanya ketika ditemui Malakat Tribune hari ini.
Beliau berkata, menu tersebut boleh didapati pada setiap hari Sabtu dan Ahad di TTC bermula pukul 11.30 pagi.



“Sebagai permulaan TTC bawakan menu istimewa Zainul Nasi Kandar pada Sabtu dan Ahad, sekiranya mendapat sambutan menggalakkan kita akan bawakan pada setiap hari,.
“Untuk hari pertama hari ini, Alhamdulillah, sambutan yang diterima sangat menggalakkan,” katanya.
Sementara itu, Muzamir berkata, selain menu tersebut, TTC turut menyediakan pelbagai hidangan yang lain.
Antaranya ialah roti sarang burung jantan, pelbagai jenis roti dan masakan panas.-MT